Search This Blog

Loading...

Berapakah nilai kalori badan kita perlukan?


Untuk mendapatkan atau mengekalkan berat badan ideal, secara teori kita perlu tahu tentang kalori.

Apa itu kalori?

Kalori ialah satu unit tenaga. Secara saintifik, satu kalori bersamaan dengan 4.184 joule (J), merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu satu gram air sebanyak satu darjah celcius(C).

Setiap makanan dan minuman mengandungi kalori. Pengambilan kalori yang berlebihan daripada keperluan badan akan tersimpan dalam badan sehingga digunakan, jika simpanan tenaga dalam badan semakin hari semakin bertambah, ini akan meningkatkan berat badan dan sekali gus menyebabkan kegemukan.

Pengambilan kalori kurang daripada keperluan badan juga tidak bagus jika kita tidak mempunyai simpanan kalori dalam badan yang mencukupi. Ini mengakibat keletihan dan penyusutan berat badan.

Jadi untuk mendapatkan susuk badan yang ideal, kita perlu mengambil makanan dan minuman yang mengandungi kalori yang seimbang dengan keperluan badan kita.

Persoalannya, berapakah kalori badan kita perlukan?

Setiap orang memerlukan sukatan kalori yang berbeza-beza mengikut jantina, umur, ketinggian, berat badan, pekerjaan serta aktiviti harian.

Untuk mendapatkan nilai keperluan kalori yang diperlukan oleh badan kita,
kita telebih dahulu perlu tahu jumlah kalori minima yang diperlukan untuk melakukan aktiviti asas dalam hidup seperti degupan jantung dan pernafasan. Jumlah keperluan kalori minima ini dipanggil 'Basal Metabolic Rate' atau secara ringkasnya BMR.

Nilai BMR boleh diperolehi dengan menggunakan formula Harris Benedict seperti berikut:

a) Pengiraan BMR untuk Perempuan
BMR = 665 + (9.6 X berat badan (kg)) + (1.8 X tinggi (cm)) - (4.7 x umur(tahun))

b) Pengiraan BMR untuk Lelaki
BMR = 66 + (13.7 X berat badan (kg)) + (5 X tinggi (cm)) - (6.8 x umur(tahun))


Nilai keperluan kalori yang diperlukan oleh tubuh untuk sehari adalah bersamaan dengan nilai BMR didarab dengan pemalar mengikut aktiviti fizikal/pekerjaan yang dilakukan:

a) Tidak aktif (kerja di pejabat, tiada senaman)
Nilai kalori yang diperlukan = BMR X 1.2

b) Sedikit aktif (senaman ringan 1-3 hari seminggu)
Nilai kalori yang diperlukan = BMR X 1.375

c) Lebih aktif (senaman 4-5 hari seminggu)
Nilai kalori yang diperlukan = BMR X 1.55

d) Sangat aktif (senaman 6-7 hari seminggu)
Nilai kalori yang diperlukan = BMR X 1.725


Sebagai contoh, seorang kerani perempuan berusia 29 tahun, jarang bersenam, berat badan 73kg dan tinggi 160cm.

BMR kerani tersebut:
= 665 + (9.6 X 73kg) + (1.8 X 160) - (4.7 x 29 tahun)
= 1517.5 kalori

Kerani ini dikategorikan sebagai tidak aktif. Nilai kalori sehari yang diperlukan oleh kerani tersebut:
= 1517.5 X 1.2
= 1821 kalori

Sekiranya kerani tersebut ingin mengekalkan berat badannya selama setahun, dia perlu mengambil 1821 kalori sehari. Sekiranya dia ingin mengurangkan berat badannya, dia perlu mengambil kalori kurang daripada 1821 setiap hari.

Sekiranya anda malas mengira, anda boleh rujuk carta keperluan kalori harian di atas. Carta ini menunjukkan nilai anggaran kalori harian yang diperlukan oleh individu mengikut umur dan jantina.

Untuk perancangan mendapatkan berat badan yang ideal, sila tunggu pos berikutnya... ;-)

1 comments:

Hazzy Ishak said...

gud info,

minta kebenaran utk mengambil isi2 untuk diletakkan diruangan saya

Related Posts with Thumbnails

Followers